Followers

::REVIEW: BATTLESHIP::

Assalamualaikum..
Hey it's me again dan kali ni aku akan terus update entri dan update lagi pasal filem-filem baru di pawagam. Jadi entri kali ni aku akan review filem baru yang telah ditayangkan pada semalam (12 April 2012) iaitu Battleship.




Merupakan buah tangan terbaru pengarah Peter Berg yang pernah menghasilkan filem Hancock. Battleship merupakan sebuah filem bergenre peperangan epic moden di laut di antara manusia dan makhluk asing.



Membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Taylor Kitsch sebagai Leftenan Alex Hopper, seorang pegawai tentera laut di kapal perang USS John Paul Jones; Alexander Skarsgard sebagai Commanding Officer di kapal USS Sampson; dan lakonan pertama Rihanna sebagai Petty Officer Second Class, iaitu Cora Raikes serta ramai lagi. Sebelum itu, jom tengok trailer filem Battleship ini terlebih dahulu:



Sinopsis:



Adaptasi daripada game kombat klasik Hasbro, Battleship. Mengisahkan Alex, pegawai tentera bermasalah yang hampir dibuang dari tentera laut kerana disiplinnya. Ketika menjalani latihan ketenteraan di laut bersama-sama wakil tentera laut dari negara lain, mereka di kejutkan dengan kehadiran 5 kapal dari angkasa (2 antarnya terhempas dan menyebabkan kemusnahan di Hong Kong). 3 lagi kapal kemudiannya menyerang angkatan tentera laut menyebabkan ramai anggota tentera mati terbunuh termasuklah Stone, abang kepada Alex. Mampukah Alex mengemudi pasukan tenteranya dan mampu mengalahkan makhluk asing yang menyerang bumi secara tiba-tiba itu?



Ulasan:
Mungkin akan ada menyamakan filem ini dengan filem trilogi Transformers. Ya, ada sedikit persamaan apabila melibatkan makhluk asing yang tiba-tiba menyerang bumi. Namun, Battleship mempunyai keistimewaan sendiri apabila melibatkan tentera laut - satu pekerjaan yang jarang diketengahkan dalam filem-filem lain. Adegan-adegan peperangan sememangnya membuatkan aku mengatakan sangat-sangat bagus -mengagumkan kerana ia terasa sangat realistik. Seperti ia benar-benar berlaku. 



Selain itu, para pelakon dalam filem ini memberikan all out dalam cerita ini. Penampilan Rihanna dalam filem pertamanya boleh dipuji dan she look so cool and relax in this film. She has talent dan beliau boleh pergi jauh dalam bidang lakonan. 

Kalau nak tahu apakah penamat cerita ini dan apakah sebab utama makhluk asing ni menyerang bumi? Anda digalakkan menonton cerita ini. Sangat epik! dan tiket yang anda beli sangat berbaloi. 

Battleship = 5 stars!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...